rilexxx

https://www.youtube.com/watch?v=J4lTCW2jWi0

20 Ogos 2014

Hadapinya dengan Tenang...La tahzan innallaha ma'ana

entry kali ini ku titip khas buat mu wahai sahabat....moga tabah menghadapi ujian dariNya...
#sayacopypastejetu..hehee

Hidup adalah untuk diuji.
Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah…
Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.
Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya.
Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati.
Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat.

Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela.

Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu.
Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakan..."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan