Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad...
Sabda Nabi SAW,
"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, kerana
selawat umatku dibentangkan / dipersembahkan kepadaku pada setiap hari
Jumaat. Maka sesiapa yang banyak berselawat ke atasku, jadilah mereka
orang yang paling hampir kedudukannya denganku."
Dear Adam,,sila laksanakan kewajiban anda.... :)
kat sni aku na share sikit kebaikan dan sunnah yg blh dilakukan pd penghulu segala hari... info di ambil dr...
>> http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2013/11/kelebihan-sunnah-hari-jumaat.html <<
mudah-mudahan berguna utk kita semua... :)
1. Jumaat penghulu segala hari.
“Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya
hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di
sisi Allah. Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari
raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari
yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada
syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam,
dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali
doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
2. Membaca Surah Al-Kahfi disinari cahaya dua Jumaat
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah memberi rahmat 10 kali
Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah
membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang
membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10
kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
4. Diampuni dosa
“Sesiapa
yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat
Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan),
maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari
Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
5. Doa tidak ditolak
Rasulullah bersabda, "Pada
hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba muslim memohon
sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di
akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
“Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
7. Diselamatkan daripada fitnah kubur
Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (HR At-Tirmizi)
8. Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurga.
“Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s.
diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
9. Berlakunya Hari Qiamat.
“Pada
hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
“Hari
Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari
Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan