rilexxx

https://www.youtube.com/watch?v=J4lTCW2jWi0

01 Disember 2012

Hukum memakai inai bercorak...


Haaii…bertemu kembali pada masa n hari yg berbeza…hehee..
Cpatkan masa brlalu..ary niey da msuk bln December..lagi sebln nak msuk thn 2013…huhuu
Umur semakin meningkat..thn dpn umur ku daa _ _taon…hahaa..makin tua tp bdn kcik,,bdn nie xmoo tggi2 jgk laa..haaiisshhh…kna mkn kalsium nieyy..hahaa
Okeyy entry ak kali nie mengenai pemakaian inai di prgelengan tgn bg kaum2 hawa yg suke brhias..hehee…
Actually ak tgh cri bhn tuk asiment,,smbil2 tu bce blog2 org yg ak follow laa…hehe...emm ak trtarik dgn blog Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin,,yg brkisar kn ttg hukum pemakaian inai nie..ak taw rmai wanita2 diluar sana tgh cnfuse dgn hukum memakai inai diprgelengan tgn sama ad haram atau x kn…so bace la kat bwh niey ak ambk dr blog ustazah Fatimah Syarha.. J

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Ø  Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Ø  Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Ø  Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Haa,,,yg nie sesi soal jwb brsma ustazah…

soalan
syukran ya ustazah.. nk tanya nie..ada org ckap pkai inai yg corak2 2 x boleh sebab ia seakan akan kaum india... boleh tlg jelaskan x ustazah....?

jawapan dr ustazah
Apa salahnya sama dengan kaum India pada hal yang bukan bersifat mensyirikkan Tuhan. bahkan, kaum Indiapun ramai Islam. sepertimana kita sama dengan orang Eropah dalam menggunakan sudu dan garfu. tiada masalah. Kata al-Qaradhawi, katakan ya kepada SILANG BUDAYA. Katakan tidak pada SERANGAN BUDAYA.

Okeeee tu jeww…hope sume da fham kn…so  xde lagi tnda tny bley or x pkai inai niey….heheeh..
K la tu jew..tuk ary niee…jumpe ag pada hari n waktu yg berbezaa…assalamualaikum sume..:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan