Adik-beradik :
Jagalah hati adik-beradik dahulu barulah hati kawan
Adik-beradik dahulu, baru kawan
Darah daging dahulu, baru kawan
Dalam diam sebenarnya ramai yang terlalu pentingkan kawan dari keluarga
Perasan tak ?? mesti tak perasankan ?? tidak mengapa
Ingat,
sebaik mana pun kawan-kawan kita, kalau kita sakit atau meninggal dunia, kawan yang kita terlalu jaga itu belum tentu lagi dapat menziarahi kita, memandikan kita, mengkafankan kita, menjaga aib kita, membacakan yasin untuk kita dan mengusung jenazah kita walaupun selama ini kita sangka segala kebaikan yang berikan pada mereka akan dibalas dengan ingatan yang baik pada kita
Ingat, belum tentu
Belum tentu
Dan belum tentu
Kerana apa..?? kerana mereka tiada pertalian darah dengan kita dan nuluri hatinya tetap akan berbeza dan tak akan pernah sama...
Tapi...
Kalau kita sakit, pergi meninggalkan dunia, adik-beradik yang baik atau jahat itulah yang pasti akan menziarahi kita, memandikan kita, menjaga aib kita, walaupun selalu bergaduh bagai nak rak..
Kerana apa..??
Kerana adik beradik adalah darah daging yang paling suci sekali dan mempunyai naluri hati yang tidak pernah sampai untuk melihat adik beradik yang lainnya susah, derita atau terluka hatinya...
Sesungguhnya, hati dan naluri itu ciptaan dan milik Allah...
Jadi, Jagalah
Jagalahh
Dan jagalahhh........
Armar Yana
Armar Zila
Armar Yani
Armar Hisham
Armar Eydora (me)
Armar Idayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan